Tips Hilangkan Parut Jerawat Secara Tradisional...Mari Amalkan & Kongsi Pada Yang Lain


Tips Hilangkan Parut Jerawat



1. Kulit Kayu Manis & Bedak Sejuk

Sediakan 2 batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis tersebut sehingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambahkan air.

Apabila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan mula pudar dan hilang. Petua ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka.

2. Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kaedah ini lebih semula jadi, tetapi susah sedikit kerana tidak mudah untuk mencari bahannya. Petuannya adalah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daunnya supaya lendir keluar. Sapukan lendir lidah buaya tersebut pada parut. Lakukan 3 kali dalam seminggu.

3. Asam Jawa

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Tapi jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa itu pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan sapuan pada waktu malam sebelum tidur.

4. Madu

Ambil sedikit madu dan campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak sejuk tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

5. Timun

Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun tersebut pada muka. Biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam.


Selamat Mencuba & Kongsikan Bersama Rakan-rakan Anda..

Related Posts :

0 Response to "Tips Hilangkan Parut Jerawat Secara Tradisional...Mari Amalkan & Kongsi Pada Yang Lain"

Post a Comment